Tuesday, 20 December 2011
~Cerita Di Ambang Senja ~
As'kum...
Semalam(kelmarin) waktu senja....
Dlm perjalanan pulang ke rmh...di satu simpang yg sampai skrg jadi ingatan n igauan ... mana taknya keta aku ditumpangi satu lembaga berkerudung hitam...tetiba flashhhhh satu cahaya terpancar ..
bila aku toleh ...ku lihat mmg satu bentuk lembaga dr jauh...cantik sgt~(aku tak nmpak la jelas, sut pakaian labuh berwarna ungu...tergamam gak aku seketika...sambil mengurut mata ku ..kot2 khayalan je...ternyata mmg nyata lagi sah....satu lembaga nun di atas tingkat 4 bangunan terbengkalai....aku berhentikan keta aku di tepi jalan....bukan kerana kaki tangan aku kaku...tapi, aku nak tgok betul2 ..bukan senang nak tengok lembaga berpakaian cantik nie.~ selendang ditiup angin membuai2....perhhhhhh cantik n anggun......waktu tu ku rasa dh masuk waktu maghrib....hai awalnya ko menjelma....belum kul 12pm tau 3, 4 pagi .... waktu sore ...tak'an nk ganggu aku kali ke dua kot.....(hatiku berbisik)...~
Sedangkan hari bukan gelap sgt...cuma ber+ mendung je...iyerla maghrib kan awal...kira masih cerah lagi la langit..takan ko dah muncul.....seram jugalah aku masa tu....
kumat kamit mulut aku baca surah....dan hati besaq aku mengajak aku pulang...SOLAT MAGHRIB...
TAPI.....
Hati kecik aku menahan....(jahatnyer budak kecik nie) ... menyuruh aku merenung dan melihat ke arah bangunan tu....ku amati lembaga tu tak ada...ku amati betul2 ...dalam kesamaran sore ...TA ADA JUGA...
bila aku mula menggerakkan keta aku...sekali lagi flashhhhh satu cahaya terpancar di bangunan tu...YERKKKKKKKK... hai ni dh lebih ni....meremamg ah bulu romaku...
Ku amati betul2 ...aku ternmpak kelibat lembaga tu dh berada di tingkat 3 lak...alamak...???
hatiku mula gelisah , takut dihantui(dirasuk) alamak....kumat kamit g mulut ku membaca surah2...gelabah jugalah....kali ni nawaitu aku mmg tunggu dan lihat....jeng~jeng~jeng Dulu kau serba hitam ...sore ni kau menjelma serba ungu lak yer (kata hati aku)....
Aku nekad dan berani diri ... ala dulu kau masuk tumpang keta aku...sedap je kau duduk belakang eik...mcm aku nie drebar kau je layaknyer....pun aku tak lari...still drive walaupun air mataku meleleh2...peluh dingin membasahi muka n seluruh tubuh aku...hahahahaha...dan yg pasti mcm nk terkencing je aku rasa....meremang bulu roma g....pun aku tahan... ni setakat kau tunjuk diri kat bangunan terbengkalai tu....kira leh tahan g la...bukan dok sebelah aku pown....PERASAAN AKU SEBENARNYA........ber+ baur gak la...hehehe seram sejuk oiiiiiii....~ buat dia melayang turun dr bangunan tu....ALAMAK.....
TAPI........semua persoalan terjawab...lembaga yang ku sangka HANTU, JEMBALANG...ntah apa g org panggil tu ...semua meleset........sakit jiwa aku...geramnya aku....hantu jembalang tu RUPANYA.......~
PENGANTIN PEREMPUAN SEDANG BERGAMBAR ...~ WOIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII~
tak ada waktu lain ke nak bergambo......waktu maghrib tu...org solat maghrib ....ko dok snap picture atas bangunan lama tu...pehal...nak mampus tol.....BALIK SOLAT LA......LAGI BAGUS pepatah org tua2 kena juga guna....~SERONOK LAWAN TAK SERONOK~
so....sebagai renungan eik....kepada bakal2 pengantin ...
jgn sekali2 meniru mcm diorg ni eik...time tu bagi kena la sikit...bukan tak leh bergambo....ni tempat n masa bergambo tu tak kena langsung...~FIKIRLAH KESELAMATAN DIRI ~
Aku mati2 fikir lembaga, jembalang , hantu nak ganggu aku....sbb tempat tu mmg famous dgn jelmaan ...(aku dh kena sekali.....) ~astaqfirallahala'zim~
Saturday, 10 December 2011
~Nilai Keikhlasan~
Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.* *
Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya:* *"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. * *
"Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia …".* *
Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing. * *Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. * *"
Abang akan mulai dulu ya", kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat … Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir …* *"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya.* *"Oh tidak, teruskan …" jawab isterinya.* *Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,*
*"Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu".* *
Dengan suara perlahan isterinya berkata,* *"aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Abang adalah dirimu sendiri. Abang kacak dan baik di sisiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang …"* *
Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya … bahawa isterinya menerima dirinya seadanya.* *Dia kemudian tertunduk dan menangis …*
Subhanallah…..:-(
Thursday, 8 December 2011
Sekadar renungan
Hidup ini suatu anugerah, hidup hanya sekali, matipun hanya sekali,
oleh itu hargailah hidup yang hanya sekali ini...
Perkataan itu seperti ubat, kalau sedikit bercakap memberi manfaat,
tetapi terlalu banyak bercakap nescaya membunuh -Amru Al-As
Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari,
hanya apabila ia telah hilang
barulah manusia benar-benar terasa Kasih Sayang jua adalah anugerah,
cinta kasih jua adalah hidayah oleh itu hargailah kasih sayang yang ada..
dan mohonlah hidayah Allah semoga mendapat rahmatNya..
Biar apa orang kata,
yang baik pun dikata dan yang burukpun dikata jua,
usah membekas di hati dan di mata, peraturan agama Allah kita jagai,
tiada guna hidup ini jika jauh dari redha Ilahi.
Cinta kasih Allah yang kita cari, cukuplah Allah di hati, cukuplah kepada Allah kita berserah diri..
Doa kasih melembutkan hati, kesejukannya menyiram jiwa.
Oleh itu basah lidahmu dengan doa agar sejahtera hidup anda.
Biar apa orang kata, biarlah tak indah di mata manusia asalkan Allah meredha kita.
Redha Allah yang kita cari, ketenangan yang hakiki kita dambai..
aaaminn
Subscribe to:
Comments (Atom)


